X Marketing: Guide Mudah Untuk Anda!

Platform X (Twitter) mempunyai 217 juta pengguna aktif pada tahun 2023 dan jumlah ini dijankga akan meningkat pada tahun-tahun akan datang. Platform microblogging ini sangat sesuai digunakan dalam marketing strategy anda. Nak tahu kenapa? Teruskan baca artikel ini!

Platform ini menerima 500 juta ciapan atau posting dalam sehari, jadi anda mestilah mempunyai strategi yang bagus untuk tarik perhatian audiens dan sekaligus mencapai X marketing goals anda. Berikut adalah beberapa strategi yang anda boleh gunakan untuk memastikan platform X anda kekal relevan dan menarik kepada audiens!

  • Auditkan akaun anda

Adakah bisnes anda mempunyai akaun X tersendiri? Atau mungkin lebih daripada satu? Langkah pertama yang anda perlu lakukan ialah mendokumentasikan semua akaun yang diwujudkan bersama “person-in-charge” akaun tersebut. Anda juga boleh periksa sekiranya setiap akaun yang wujud tersebut adalah akaun biasa atau akaun profesional. 

Anda juga boleh kumpul maklumat lain seperti:

  • Kekerapan ciapan daripada akaun tersebut
  • Kadar engagement akaun tersebut
  • Jumlah pengikut akaun tersebut

Maklumat ini boleh didapatkan melalui X Analytics.

5
  • Tetapkan matlamat

Kejayaan di platform media sosial bermula dengan matlamat yang sesuai. Anda tidak akan faham apa yang ingin dicapai sekiranya anda tidak mempunya strategi yang positif. 

Sebagai cadangan, anda boleh mencipta matlamat SMART: Specific, Measurable, Attainable, Relevant dan Time-bound. Sekadar “viral” tidak akan memberi kesan dalam jangka masa yang panjang. Tetapkan objektif anda dan bahagikan kepada indikator tertentu.

  • Kenali pesaing anda

Bak pepatah Inggeris, keep your friends close and your enemies closer. 

Strategi ini mungkin kelihatan licik tetapi dengan menerapkan langkah ini, anda akan memahami kelemahan strategi mereka dan membezakan identiti anda daripada mereka. Kesannya, bisnes anda juga menyerlah di mata audiens.

  1. Ciptakan guideline untuk team anda

Guideline yang dicipta seharusnya dikongsikan kepada team social media supaya semua posting anda selari dan sejajar antara satu sama lain. 

Anda boleh fokuskan pada ciri-ciri seperti:

  • Branded hashtags dan kaedah penggunaannya
  • Bagaimana anda boleh menggunakan emoji dalam posting anda
  • Kaedah untuk formatkan link

Anda juga harus bersedia untuk mengahadapi criticism. Anda boleh juga sediakan guideline untuk berhadapan dengan “trolls” dan juga PR crisis. Bak pepatah Melayu, sediakan payung sebelum hujan.

6
  • Ciptakan content calendar

Social media content calendar membantu untuk menyusun content yang dipost pada setiap channel anda. Ia juga membantu anda untuk susun konten menarik seperti festive event!

Anda juga boleh mengingati maklumat penting untuk posting calendar anda seperti: 

  • Kekerapan posting
  • Masa yang terbaik untuk post
  • Siapa yang akan “approve” konten anda

Jadi, anda rasa anda boleh kickstart X Marketing anda?

Kaedah marketing yang bagus semestinya boleh tarik lebih ramai audiens dan dapatkan engagement yang lebih bagus! Ingat, strategi yang bagus dapat membuahkan hasil yang bagus untuk bisnes anda. Selamat maju jaya!

VibrantAd

Interested with our services?

Contact Us!

+60 3-6143 3313

+60 13-925 4088