Tips untuk projek management yang next level!

Kesalahan dalam project management dan cara untuk mengatasinya

Project management merupakan satu kerja yang sangat menyeronokkan walaupun agak mencabar. Kadangkala ia terasa sangat mudah dan kadangkala juga ia boleh menjadi satu tugasan yang boleh menjadi salah satu faktor projek yang gagal.

I Can Do It

Badan organisasi yang dilantk mestilah terdiri daripada individu yang bertanggungjawab dalam mengendalikan setiap tugasan yang diberikan. Jawatan yang disandang bukanlah sesuatu perkara yang boleh diambil mudah dan harus dipandang daripada perspektif yang profesional dan optimis supaya badan organisasi tersebut dapat menjalankan tugas dengan betul. Teruskan membaca untuk tahu masalah dalam project management dan cara untuk kita mengatasinya!

1.       Kekurangan objektif dan goals yang ingin dicapai

Tanpa objektif dan target yang ingin dicapai dalam mengendalikan setiap projek, team kita akan cenderung untuk melakukan tugasan dengan cara yang salah. Kekurangan kemahiran komunikasi juga akan menukarkan halatuju projek dan tugasan yang ingin dijalankan.

Solusi

Dalam setiap planning stage, objektif harus dibincangkan antara ahli organisasi supaya visi dapat dikongsikan demi mencapai satu outcome yang sama.

2.       Deadline yang tidak realistik

Salah satu kesalahan yang paling kerap terjadi kepada agensi adalah deadline. Ini adalah kerana jangkaan melebihi kemampuan dan skop kerja setip ahli organisasi.

Tips untuk projek management yang next level 2

Solusi

Timeline sangat penting dalam menjalankan sesuatu projek. Dengan pemerhatian yang sesuai dengan keadaan dan progress, agensi akan lebih cakna dengan kemajuan dan pacing setiap tugasan yang dijalankan.

3.       Masalah komunikasi

Komunikasi merupakan satu kemahiran yang amat mudah dipelajari namun tidak kesemua pelajar dapat mempraktikkannya. Kemahiran komunikasi yang lemah akan menghalang fokus, tugasan dan juga menjejaskan projek yang dijalankan.

Tips untuk projek management yang next level 3

Solusi

Project manager mesti memastikan setiap ahli orgnisasi cakna dan prihatin akan tugasan dan pesanan yang disampaikan. Penggunaan platform yang sesuai juga boleh memberi kesan baik kepada peghasilan projek.

Adakah anda bersedia untuk menjadi lebih mantap?!

Ucapkan selamat tinggal kepada masalah dalam pengurusan projek dan tiba masanya untuk tingkatkan produktiviti dan inovasi dalam menjalankan tugasan. Selamat maju jaya!

VibrantAd

Interested with our services?

Contact Us!

+60 3-6143 3313

+60 13-925 4088