Tips Untuk Content Marketing Yang Padu

Content marketing yang bagus memerlukan strategi yang bagus. Nak tahu kenapa? Tanpa strategi, anda tidak akan dapat untuk kembangkan potensi content anda ke tahap yang maksimum. Pembikinan strategi yang bagus mengambil masa tetapi jangan risau! Jom ikuti 5 tips ini untuk content marketing yang padu!

  • Tetapkan objektif pemasaran anda

Anda seharusnya tahu sasaran yang ingin dicapai dan cara content marketing boleh boostkan objektif tersebut. Pada peringkat ini, anda akan mencari objektif content marketing dan bukan topic atau taktik yang tertentu. Contoh seperti berikut:

Objektif bisnes: Untuk meningkatkan kebolehpercayaan syarikat untuk perkhidmatan perbankan

Sasaran bisnes: Untuk meningkatkan jumlah perkhidmatan perbankan sebanyak 10% pada tahun 2023

Objektif content marketing: Untuk menjadi sumber konten bagi pesaing lain dalam bahagian perkhidmatan perbankan

Setiap objektif berlainan, kan?

2 4
Tips Untuk Content Marketing Yang Padu 3
  • Kenali audiens anda

Pada mulanya, memang kita akan inginkan audiens yang besar. Tapi, tanpa sasaran audiens yang sebenar, tidak mudah untuk kita sampaikan konten yang boleh mendapatkan audiens yang akan bantu kita capai sasaran kita.

Jadi, anda boleh lakukan research untuk kenali sasaran audiens anda. Anda boleh membuat analisa mengikut data yang relevan – demografik, sosiografik, minat dan keperluan. 

  • Kenali kategori dan topik konten

Fikirkan idea untuk koten anda. – story angle, idea atau keduanya sekali. Tandakan pada idea yang boleh memberi kelebihan pada sasaran audiens anda.

  • Setkan jenis konten dan format

Ingat dua soalan ini ya!

  • Bagaimana target audiens akan “hadam” konten kita
  • Format mana akan sesuai dengan kebolehan dan sumber kita

Anda seharusnya jadi realistik. Sebagai contoh, jangan pilih format video sekiranya tiada sesiapa dalam team anda yang berkebolehan untuk menyediakan konten tersebut kerana ia akan memakan masa yang lebih banyak.

3 3
Tips Untuk Content Marketing Yang Padu 4
  • Senarai distribution channel dan frekuensi

Anda harus jadi spesifik dalam menghasilkan content distribution. Sebagai contoh, anda mungkin boleh berkongsi sejenis artikel pada company blog atau third-party website. Begitu juga dengan social media post yang boleh dikongsi ke Twitter, Instagram, LinkedIn dan sebagainya.

Nampak mudah?

Sebenarnya, penghasilan strategi untuk content marketing tidaklah susah atau senang. Yang penting, anda harus berbincang dengan team anda supaya semua orang sedia maklum dan setuju dengan strategi yang dirancang. Selamat maju jaya!

VibrantAd

Interested with our services?

Contact Us!

+603-7840 0101

+60 13-925 4088