Tips Untuk Brand Photoshoot!

Kenapa kena buat brand photoshoot?

Dalam era digital ini, brand presence yang bagus boleh menjadi tangga kejayaan untuk bisnes anda. Disebabkan 65% populasi dunia merupakan visual learner, imej yang menawan boleh dijadikan strategi marketing yang baik. Tengah plan brand photoshoot ke tu? Ha jom amalkan tips di bawah!

2 2
Tips Untuk Brand Photoshoot! 3

Buat planning dan kenali warna bisnes anda

Warna memainkan peranan yang penting dalam memastikan bisnes anda dikenali. Maksudnya, warna juga boleh membina identiti bisnes anda. Dengan memilih color palette yang sesuai, anda juga mengelakkan pemakaian anda tenggelam atau suram.

Buat pelaburan dalam pilihan yang pelbagai

Kepelbagaian boleh serlahkan identiti bisnes anda. Anggaplah gambar di laman web anda sebagai investment dan bukan expense. Gambar-gambar ini memainkan peranan penting untuk menarik audiens. Jadi, ia sangatlah berbaloi jika anda melabur kepada visual yang boleh menceritakan brand story daripada pelbagai segi. Dalam erti mudah, versatiliti boleh menawan hati audiens.

Komunikasi dengan photographer

Sebagai talent dalam photoshoot, anda seharusnya berkongsi idea dengan photographer. Kenapa pula? Ini adalah supaya gambar yang terhasil sesuai dengan matlamat utama sama ada untuk laman web, media sosial atau pun bahan marketing yang lain. Dengan menyatakan kehendak, anda dapat memastikan ROI brand photos digunakan sepenuhnya.

Pilih lokasi yang sesuai

Lokasi penggambaran boleh memberi impak visual kepada gambar anda. Ambil sedikit masa untuk cari lokasi yang sesuai sama ada di studio atau persekitaran semula jadi. Lokasi yang sesuai boleh memberi impak yang lebih tinggi dan berkomunikasi secara visual dengan audiens.

Gunakan props dan elemen berlainan

Dengan menggunakan props secara strategik, anda akan menambahkan visual interest sambil ‘menegaskan’ mesej utama dalam gambar anda. Tetapi, penggunaan props mestilah seimbang supaya gambar tidak terlihat seperti tipikal atau murahan.

3 1
Tips Untuk Brand Photoshoot! 4

Jadi, bila nak buat ni?

Brand photoshoot yang bagus bukan sahaja tentang mengambil gambar yang cantik; ia menceritakan business story anda kepada audiens dan meninggalkan kesan yang positif. Dengan menggunakan strategi yang bagus, anda dapat meningkatkan elemen keaslian dan membina imej yang diingat audiens. Selamat maju jaya!

VibrantAd

Interested with our services?

Contact Us!

+60 3-6143 3313

+60 13-925 4088