Jom gunakan Twitter untuk tingkatkan nama bisnes!

Tingkatkan Google Search Visibility Melalui Twitter!

Kenapa dengan Twitter?

Aplikasi Twitter sangat popular dalam kalangan pengguna media sosial dan versatiliti aplikasi ini membuatkan ia sangat sesuai untuk marketing. Dengan menggunakan Twitter, anda sebagai pemasar dapat menarik audiens sambil mempromosikan bisnes dan servis yang ditawarkan dengan cara yang sangat efektif.

21.2

Nak tingkatkan brand exposure? Boleh je!

Kalau nak tahu, Twitter juga boleh bantu tingkatkan brand exposure tau. Nak tau macam mana? Kami ada 3 tips untuk anda jadi jangan terlepas tau!

Penggunaan Twitter carousel yang bagus

Juga dikenali sebagai bebenang atau thread, anda boleh gunakan kaedah ini terutamanya untuk mempromosikan konten yang relevan. Tapi, anda kena pastikan:

  • Hasilkan konten yang boleh menarik perhatian audiens
  • Gunakan topik yang trendy dan tular
  • Jangan lupa untuk gunakan hashtags yang menarik
  • Perkukuhkan CTA anda

Bio di profile mesti gempak!

Twitter menyediakan satu ruangan yang dikenali sebagai ‘bio’ di mana pemilik akaun boleh memasukkan sebarang info atau maklumat ringkas tentang bisnes mereka. Bio menarik boleh menarik perhatian audiens yang ramai. Pastikan untuk ceritakan identiti anda dengan cara yang komprehensif dan mudah difahami. Anda juga boleh menggunakan emoji, keyword menarik dan juga hashtag yang berguna.

21.3

Bina following dan kekal aktif di laman sosial

Anda akan lebih relevan dan bernilai pada audiens sekiranya anda lebih aktif di platform anda. Tetapi pastikan objektif anda menjadi fokus utama. Jangan anggap posting anda sekadar hiburan untuk pengguna lain, sebaliknya jadikan konten anda boleh membuatkan audiens teruja untuk konten lain pada masa akan datang!

Sebenarnya, banyak lagi cara untuk boostkan akaun anda!

Terdapat banyak lagi kaedah yang anda boleh gunakan untuk tingkatkan nama bisnes anda di Twitter. Ingat tau, planning strategi yang bagus untuk Twitter sememangnya dapat meningkatkan Google Search Visibility anda di  ruang carian. Selamat maju jaya!

21.4
VibrantAd

Interested with our services?

Contact Us!

+60 3-6143 3313

+60 13-925 4088