“Traditional marketing” merupakan kaedah pemasaran yang menggunakan medium seperti televisyen, radio dan iklan untuk memasarkan produk atau perkhidmatan yang ditawarkan oleh sesuatu syarikat. Kaedah ini tidak lagi menjadi kaedah utama dalam pemasaran sejak kewujudan media sosial yang pelbagai. Jadi, adakah kaedah pemasaran yang lama lebih bagus atau adakah kaedah terkini dapat memberi kesan yang lebih positif kepada pemasaran produk dan perkhidmatan?
Apa bagusnya Tiktok marketing ni?
Kaedah Tiktok marketing merupakan teknik yang bagus sekiranya matlamat sesuatu jenama tersebut adalah untuk meningkatkan engagement dan menambahkan sales. Dalam kaedah ini, sesetengah jenama akan berkolaborasi dengan individu yang dikenali sebagai influencer untuk memasarkan produk mereka kepada audiens. Kesannya, mereka akan menarik perhatian dalam kalangan golongan muda atau kuasa beli yang banyak. Influencer-influencer juga dapat membina hubungan yang baik dan bina kepercayaan dalam kalangan pengguna atas faktor penyediaan konten yang asli.
Apa bezanya kaedah ni dengan traditional marketing?
Kaedah traditional marketing ni sudah bertahun digunakan dan ada faedahnya tersendiri yang berbeza dengan Tiktok marketing. Antaranya ialah:
1. Tidak asing dalam kalangan pengguna
Untuk jenama yang biasa didengar di pasaran, mereka lebih selesa dengan kaedah tradisional kerana mereka mampu bina kredibiliti dan kepercayaan pengguna. Ini kerana pengguna sudah biasa dengan format dan mesej yang ingin disampaikan dalam iklan jenama tersebut.
2. Reach yang luas
Penggunaan medium pengiklanan seperti televisyen dan radio mampu untuk beri audience reach yang lebih luas dalam masa yang singkat. Kaedah ini amat berguna untuk jenama yang ingin mengiklankan produk atau perkhidmatan mereka ke audiens yang besar.
Jadi, pilihan mana yang lebih bagus?
Perkara penting yang perlu dipertimbangkan sebelum membuat apa-apa keputusan adalah memahami objektif dan matlamat pemasaran produk. Syarikat anda perlu mengadakan brainstorming session untuk mendapatkan input dan idea daripada semua pihak di samping merancang strategi yang sesuai untuk mengatasi masalah pemilihan kaedah marketing.
Kesannya, kempen anda semestinya dapat mencapai audiens yang diingini dan tingkatkan sales pada masa yang sama. Apa-apa pun, kami berharap artikel ini membantu anda memahami perbezaan kedua-dua kaedah pemasaran yang hebat ini!