Pengerusi Pakatan Harapan (PH), Datuk Seri Anwar Ibrahim telah dinamakan sebagai perdana menteri ke-10 negara hari ini, menamatkan penantian rakyat Malaysia selama lima hari berikutan pilihan raya umum ke-15 (PRU15).
Sumber : MStar
Pelantikan itu dimuktamadkan selepas Seri Paduka Baginda memohon pandangan Raja-Raja Melayu yang mengadakan mesyuarat khas di Istana Negara hari ini bagi membuat keputusan terbaik demi kepentingan dan kesejahteraan negara serta rakyat.
Presiden PKR itu, yang juga baru dipilih sebagai Ahli Parlimen Tambun, akan mengangkat sumpah pada pukul 5 petang hari ini di hadapan Agong.
Sumber : Astro Awani
Anwar dijangka memimpin kerajaan perpaduan. Penantian Anwar sejak tahun 1998 menjadi kenyataan.
One Response
Cheers