Social Media Advertising? Apa benda tu?

Dia ni sebenarnya apa eh?

Social media advertising merupakan satu kaedah digital advertising yang memerlukan pemasarnya untuk mengeluarkan sedikit kos untuk menyampaikan iklan kepada target audience yang diingini. Iklan yang disediakan akan dipaparkan di platform media sosial yang ditentukan oleh kehendak dan objektif pemasar. 

Social Media Advertising Apa benda tu 1
Social Media Advertising? Apa benda tu? 4

Ada banyak jenis social media advertising ke?

Ada 6 jenis social media advertising yang anda patut tahu untuk iklankan produk atau perkhidmatan yang diingini. Berikut adalah senarai social media advertising yang dijalankan sehingga kini!

  1. Image ads

Kaedah ini memerlukan pemasar untuk sediakan iklan dengan kriteria yang berikut:

  • Gunakan imej yang berkualiti
  • Minimakan penggunaan heading/subhaeding pada imej
  • Selarikan penggunaan imej dengan konten yang sebelumnya supaya audiens mudah ingat akan jenis imej yang dipasarkan oleh jenama anda

  1. Video ads 

Kaedah ini selalunya digunakan untuk menarik perhatian audiens dengan lebih cepat. Kini, ramai pemasar akan menggunakan video sebagai platform membeli-belah. Sebagai contoh, ciri TikTok Live digunakan untuk memasarkan produk di samping mendorong audiens untuk “melawat” platform mereka.

  1. Carousel ads

Carousel ads selalunya digunakan untuk memasarkan hartanah, menceritakan brand story, memasarkan ciri kelainan sesuatu produk dan memaparkan behind-the-scenes.

  1. Stories ads

Stories ads selalunya digunakan di platform Instagram dan Facebook. Iklan ini boleh menjadi:

  • Video yang dimainkan selama 15 saat
  • Video berdurasi pendek (5 saat)
  • Carousel yang memainkan gabungan konten seperti imej dan video dalam satu ad yang sama

  1. Message ads

Facebook Messenger ads dan LinkedIn Sponsored InMail dipaparkan sebagai sebuah kiriman mesej. Facebook Messenger ads akan muncul di bahagian Chats dan Inbox pengguna.

  1. Collection ads

Iklan ini melibatkan penggunaan cover photo atau video dan diikuti paparan imej kecil produk serta maklumat selanjutnya berkaitan produk.

Social Media Advertising Apa benda tu 2
Social Media Advertising? Apa benda tu? 5

Ada tips tak untuk orang yang baru nak berjinak dengan social media advertising ni?

1. Ketahui objektif yang ingin dicapai melalui proses ini

Pastikan anda ketahui objektif bisnes anda dan platform media sosial yang akan digunakan untuk posting ads. Tanpa haluan yang tepat, anda akan mudah terpesong daripada sasaran utama. 

2. Ketahui sasaran audiens

Anda wajar untuk “micro-target” dalam proses social media advertising. Kenali audiens anda dan kelebihan yang anda akan dapat melalui pilihan sasaran ini. Pastikan ads yang dijalankan dapat memberi “pulangan” yang positif!

3. Biarlah hasil design lebih mobile-friendly

Lebih daripada 3.25 billion pengguna media sosial menggunakan peranti telefon pintar kerana ia lebih mudah untuk dibawa ke mana saja. Mobile ads anda seharusnya direka cipta sesuai untuk peranti kecil ini, melainkan anda memilih untuk menjalankan ads secara desktop placement.

Social Media Advertising Apa benda tu 3
Social Media Advertising? Apa benda tu? 6
VibrantAd

Interested with our services?

Contact Us!

+603-7840 0101

+60 13-925 4088