Serlahkan Potensi Teammates Anda Hari Ini!

Dalam era digital ini, cara kerja yang efektif dan inovatif semestinya menjadi pilihan utama dalam merealisasikan projek dengan bagus. Anda perlu memastikan teammates anda dilatih tentang cara menggunakan workflow tools dengan berkesan. Dengan cara ini, tools yang betul boleh membuat perbezaan besar dalam kecekapan cara kerja agensi anda.

Ada kelebihan ke kalau gunakan workflow tools?

Workflow software dapat mengurangkan masa yang diperlukan untuk memindahkan kerja yang belum selesai dan membolehkan progress tracking berlaku secara berterusan. Ia membolehkan pengguna menguruskan kerja, biasanya secara berurutan dan membantu memastikan semua tugas dilakukan dengan betul dan mengikut susunan yang sepatutnya.

Hasil daripada ini adalah:

  • Kurang kesilapan
  • Komunikasi dan kerjasama yang lebih baik
  • Lebih banyak kerja dilakukan dalam masa yang singkat
  • Tiada lagi masa yang terbuang untuk tugasan yang berulang
  • Mengendalikan lebih banyak tugas sekaligus tanpa merasa tertekan

Workflow management tools ini berlainan jenis ke?

Kebanyakan agensi lebih gemar menggunakan digital marketing tools untuk mengendalikan marketing operations seperti email marketing, media sosial, content marketing dan operasi project management. Antara tools yang digunakan adalah:

Productive

productive

Productive membolehkan anda untuk menguruskan sales, budgeting, resource planning, project management, reporting dan billing dalam satu platform sahaja.

Lark

lark

Lark menggabungkan fungsi seperti messaging, video conference, schedule management, collaborative documents, cloud storage, email dan workflow applications untuk kegunaan semua penggunanya.

Screendragon

Screenshot 2023 09 01 091604

Screendragon memudahkan anda untuk mengawal dan mentadbir semua operasi marketing agensi anda di sambing memastikan resource dapat digunakan secara optimum. Anda juga boleh menyusun atur workflow mengikut kesesuaian dan kehendak agensi anda.

Bagaimana saya hendak pilih aplikasi atau software yang sesuai?

Pastikan anda ikuti tips berikut untuk membuat pilihan yang tepat!

  • Kenali kehendak anda
  • Tetapkan bajet yang sesuai
  • Fahami keperluan setiap teammates
  • Lakukan “compare and contrast” antara tools
  • Test run
  • Dapatkan maklumbalas daripada teammates

Selamat maju jaya!