Sebenarnya.. Digital marketing ni apa?

Menjelang tahun 2023, digital marketing sudah pun menjadi salah satu kaedah pemasaran yang paling efektif. Salah satu platform yang paling kerap digunakan untuk digital marketing adalah media sosial seperti Instagram dan TikTok. Kadang- kadang macam tak faham kerja digital marketing ni macam mana. Diorang main phone saja ke? Macam senang sangat je kerja. Teruskan membaca untuk tahu dengan lebih lanjut!

Sebenarnya. Digital marketing ni apa 1

Digital marketing merupakan antara kaedah pemasaran yang mudah ditampung berbanding kos pemasaran tradisional yang lebih mahal. Kaedah ini melibatkan pemasaran menggunakan saluran digital untuk mengiklankan produk dan servis kepada pengguna dalam jangka masa yang singkat. Sesetengah syarikat akan menggabungkan kaedah digital marketing dan juga traditional marketing untuk mencapai KPI yang lebih besar. 

Berikut adalah beberapa cabaran dalam digital marketing yang mungkin anda belum tahu.

1. Penghasilan content yang menarik

Kadang-kadang bila scroll kat Tiktok dengan Instagram, ada je content menarik daripada pelbagai creators tapi tak ramai tahu, yang kadang-kadang creators pun “kering idea” nak hasilkan content yang menghiburkan dan boleh meningkatkan engagement yang bagus. Idea pula mestilah yang kreatif, inovatif dan baru. Paling penting, kena ikut trend kalau tak, tenggelam lah dalam lautan creators lain.

Sebenarnya. Digital marketing ni apa 2

2. Mobile friendly experience untuk semua

Dalam tahun 2023 ni, penggunaan platform digital semakin berleluasa. Nak beli baju, barang dapur, perkakasan dan pelbagai barangan dah menjadi tindakan “hujung jari” aje. Lebih daripada separuh bisnes yang wujud serata Malaysia dah mula “berpindah” ke arah platform digital kerana lebih daripada 25% pengguna lebih selesa dan suka gunakan platform atas talian untuk berbelanja. Konsepnya, kemudahan di mana sahaja. Akan tetapi masih ada syarikat atau firma yang menghadapi rintangan dalam proses pemindahan atas talian ni atas faktor keselesaan dengan kaedah pemasaran tradisional yang semakin dimakan usia.

3. Omnichannel marketing

Semakin banyak platform digital yang wujud, semakin banyak pengguna wujud dan aktif di platform tersebut. Sekarang ni, kalau nak fokuskan marketing strategy ke platform seperti email dan Facebook sahaja tak mencukupi. Kita mesti boleh ‘connect’ dengan pengguna kita di mana sahaja. Chup, bukan nak suruh wujudkan satu akaun untuk semua online platform. Tapi, kita boleh pilih untuk kekal aktif kat hotspot pengguna kita. Bunyi macam mudah tapi masih ramai ya yang struggle.

Sebenarnya. Digital marketing ni apa 3

Itulah realiti digital marketing..

Perkara yang sukar mungkin kelihatan senang di mata orang lain dan juga sebaliknya. Hakikatnya, setiap orang ada kelebihan masing-masing. Dengan evolusi digital marketing yang ‘quick pace’ ini, kita mestilah sentiasa bersedia untuk menyesuaikan diri dan berikan usaha yang terbaik untuk menjadi pekerja yang penuh dengan integriti. Selamat maju jaya semua!

VibrantAd

Interested with our services?

Contact Us!

+60 3-6143 3313

+60 13-925 4088