Nak Sale Juta-Juta? Peniaga Online Boleh Cuba Buat Content Macam Ni

Media sosial merupakan alat terbaik bagi usahawan untuk memperkenalkan jenama ataupun produk mereka. Terdapat pelbagai jenis konten di media sosial yang boleh dihasilkan, termasuk gambar, illustrasi dan video.

Hingga kini, pengusaha mempunyai pelbagai pilihan jenis konten yang boleh digunakan dalam strategi pemasaran konten melalui platform media sosial. Mereka tidak perlu bimbang dalam memilih media sosial yang sesuai kerana hampir semua platform media sosial mempunyai penonton yang luas, terutamanya Facebook, YouTube, Instagram, dan TikTok.

How content marketing can help your business drive sales and revenue

Nak buat konten, tapi malu nak tunjuk muka? Sebenarnya taklah wajib untuk kita sendiri jadi ‘muka hadapan’ konten kita, ramai je yang hasilkan konten tanpa wajah asal mereka, dalam beberapa kes, tontonan dan interaksi yang diperolehi boleh bersaing dengan konten yang melibatkan wajah. Idea konten tanpa wajah menjadi pilihan utama dalam strategi pemasaran kerana proses pembuatan yang pantas dan praktikal.

Berikut merupakan beberapa idea konten tanpa muka yang boleh dijadikan panduan, berdasarkan minat dan kepakaran anda:

Video dengan Voiceover

hq720

Kalau malu tunjuk wajah, tak perlu tunjuk depan kamera, cuma rakam suara je! Kalau suara pun segan nak rakam, ada cara lain lagi, ada banyak applikasi yang kita boleh gunakan. Oleh kerana konten jenis ini melibatkan video dengan penggunaan suara ganti, anda boleh menggunakan aplikasi seperti Narrator’s Voice, Speech to Text, dan NaturalReader – Text to Speech. Video jenis begini sesuai untuk menjelaskan sesuatu. 

Video Share Screen HP/Laptop

maxresdefault

Idea ini melibatkan perkongsian skrin telefon pintar atau komputer riba. Konsep ini sering digunakan dalam konten yang memberikan panduan penggunaan aplikasi atau produk. Idea ini sesuai untuk menjelaskan sesuatu yang boleh membantu penonton menggunakan sesuatu aplikasi atau produk dengan betul.

Video Quotes Inspirasi

maxresdefault 1

Idea ini melibatkan kutipan inspirasi dalam bentuk video. Anda boleh menggunakan laman web yang menyediakan klip video percuma dan menambahkan teks kutipan. Penggunaan klip video dari filem dengan dialog yang menarik pun idea yang popular dan banyak engagement

Kehidupan Sehari-Hari atau Video Titik Pandangan (POV)

POV You Saw This TikTok Trend on The Viral List 10.7

Tema konten ini berkisar tentang rutin harian atau pandangan kehidupan anda ala-ala daily vlog. Anda boleh menggunakan kamera kecil seperti Go-Pro dan meletakkannya di badan atau kepala.

Banyak orang menggunakan konten ini untuk berkongsi aktiviti harian mereka tanpa perlu memaparkan wajah.

Unboxing dan Ulasan Produk

maxresdefault 2

Jika anda ingin mendapat pendapatan, anda boleh membuat ulasan produk yang anda minati.

Banyak pembeli mencari ulasan ringkas dan mudah difahami sebelum membeli produk. Anda tidak perlu memaparkan wajah dalam konten ulasan produk. Tapi pastikan suara dan penerangan anda jelas dan mudah difahami penonton ya!

giphy 8

Sebenarnya ada banyak lagi pilihan untuk mencipta konten yang menarik tanpa perlu menonjolkan wajah anda. Teruskan usaha anda dan jadikan media sosial sebagai alat pemasaran yang berkesan. Yakin bahawasanya anda pasti berjaya!

VibrantAd

Interested with our services?

Contact Us!

+60 3-6143 3313

+60 13-925 4088