NAK BUAT APE DEKAT IG? INI TIPS UNTUK CONTENT MARKETING IG ANDA!

Orang lain hari-hari upload gambar-gambar yang menarik dekat Instagram untuk tarik perhatian prospect masing-masing. Kita pulak macam nak pecah otak memikirkan idea untuk posting. Poning den macam ni… Patut ke terus posting promo produk kita je?

giphy 4

Sebenarnya tak perlu pun untuk kita ‘spam’ IG sendiri dengan iklan-iklan produk kita sendiri, faham je, memang tujuan akhir nanti adalah untuk jana sales, yelah kan nama pun bisnes. Tapi sebenarnya ada banyak lagi cara dan idea untuk kita pelbagaikan content marketing kita supaya prospect rasa berminat dengan produk yang kita ketengahkan. Jomla 🙂

Cerita Tentang Diri Sendiri

giphy 7 1

Mula-mula anda boleh cuba untuk topik mengenai diri anda sendiri, tentang apa perkara menarik yang terjadi pada anda dalam minggu tu, apa yang anda suka lakukan ataupun aktiviti harian anda sebagai seorang usahawan. Sentuhan peribadi penting supaya followers tahu anda juga seorang manusia seperti mereka, bukannya robot yang dibayar untuk melariskan produk jualan.

Lebih banyak posting santai yang anda kongsikan, lebih mudah untuk followers mendekati dan mengenali anda. Antara perkara yang boleh dikongsi adalah:

  • Apa yang menginspirasi anda untuk menjadi seorang usahawan?
  • Apa yang anda suka tentang bisnes anda?
  • Kenapa anda mahu bisnes anda terus maju?
  • Bagaimana bisnes ini bantu ubah diri anda?
  • Bagaimana bisnes anda boleh membantu orang lain?

Berkongsi Visi dan Misi Bisnes

mission and vision edited

Kongsikan misi dan visi bisnes anda supaya followers tahu apa yang anda ingin capai dan apa yang anda sedang perjuangkan dalam bisnes anda. Jika anda menjual makanan, tentu anda mahukan semua pelanggan anda dapat menikmati dan berkongsi detik-detik indah bersama keluarga melalui produk makanan anda bukan? Nampak remeh tetapi hakikatnya ramai usahawan gagal kenal pasti visi dan misi bisnes mereka. Semuanya hanya fokus buat jualan tanpa kenal apa visi dan misi yang mereka mahu capai melalui bisnes mereka.

Cuba kembangkan ketengahkan visi dan misi anda melalui perkongsian di sini:

  • Apa target akhir yang anda nak capai dalam bisnes ini?
  • Apa masalah pelanggan yang anda mahu selesaikan?
  • Apa yang anda lakukan berbeza dari pesaing anda?
  • Apa perubahan yang ada nak lihat dalam industri anda?

Daily Tips Berkaitan Produk

X New Real Estate Agent Tips Tricks for 2020

Sebenarnya ada baaanyak tips yang boleh anda kongsi mengenai produk yang dijual. Contohnya kalau jual produk skincare, punyelah banyak tips skincare yang anda boleh ketengahkan pada followers, dalam pada kongsi tips tu, selitkanlah sekali produk skincare yang anda jual.

Antara contoh perkara yang boleh dikongsi adalah:

  • Cara penggunaan produk.
  • Tips rancang waktu penggunaan produk.
  • Dos and don’ts bila guna produk.
  • Cara penjagaan produk supaya tahan lama.

Short Video

giphy 5

Sekarang semua orang suka tonton video. Memang lagi syok kalau kita boleh hasilkan video pendek untuk dikongsi di IG. Kalau anda menjual produk kesihatan, kongsilah aktiviti riadah simple yang boleh dilakukan, kalau produk makanan, kongsi video menu apa yang boleh dimasak. Pastikan video yang dihasilkan tu berkaitan dengan produk yang dijual. Dengan cara ini dapat meningkatkan lagi engagement.

consistency

Apa-apa pun semuanya berbalik pada konsisten. Kalau posting kita 3 hari sekali, pastikan konsisten dan perlahan-lahan kita tingkatkan kekerapan posting video menarik sampai boleh hasilkan posting sehari sekali. Jangan putus asa di pertengahan jalan lepastu terus tak post apa-apa. Rugi tau!

giphy 6

Nak idea dan gambar produk yang menarik untuk IG perniagaan anda? Nak tingkatkan engagement dan followers anda di semua platform media sosial? Tak ada masa dan tak yakin dengan content yang anda hasilkan? Nak posting nampak lebih cantik, kemas dan profesional? Kami sudi bantu! Dah ramai usahawan dan jenama besar yang bekerjasama dengan kami dan berpuashati dengan hasil kerja kami selama ini.  Jangan berlengah lagi tau, sebagai seorang usahawan yang berjaya, masa itu sangatlah penting. Hubungi kami SEKARANG!

VibrantAd

Interested with our services?

Contact Us!

+60 3-6143 3313

+60 13-925 4088