NAK BRAND DIKENALI RAMAI DAN TAHAN LAMA? PASTIKAN 9 PERKARA INI

Brand yang kuat juga menjadi aset berharga bagi sesuatu perniagaan.

Berikut adalah 9 kunci sukses untuk membuat brand anda mudah dikenali dan bertahan lama:

Pereka Grafik Logo Yang Berpengalaman

Ini sangat penting sebab perkara pertama yang akan dilihat pelanggan adalah logo brand anda. Pastikan pereka grafik logo anda benar-benar berpengalaman dan mendengar semua keinginan anda dengan baik dan memiliki waktu yang cukup untuk menghasilkan projek logo dan keperluan branding anda.

Sesuaikan Nama Brand dengan Target Market

Selepas logo selesai, tentulah nama brand! Nama brand perlu sesuai dengan target audiens anda. Contohnya produk fashion untuk wanita muda lebih sesuai dengan nama-nama yang kedengaran eksklusif seperti Isabella Fashion.

Elakkan Singkatan Rumit

Dah pilih nama brand? Tapi ingat, jangan sesekali menggunakan perkataan singkatan kalau tak betul-betul mahir. Singkatan yang susah untuk diingat boleh mengelirukan pengguna. Risau kalau rumit sangat nama brand terus tak ada siapa yang ingat brand anda walaupun produknya bagus. Jadi usahakan untuk menghindari singkatan yang kompleks.

32

Ciptakan Nama yang Unik

Nama brand yang unik akan memudahkan pengguna mengingatnya. Lagi unik lagi senang nak lekat. Tapi pastikan keunikan nama itu memiliki kesan positif. Contoh paling terbaik adalah UNIQLO.

Mudah Diingat

Masih lagi tentang nama brand. Nama yang terdiri dari dua hingga empat suku kata dan tidak terlalu banyak konsonan akan lebih mudah diucapkan dan diingat.

Buat Perbandingan Produk

Kalau dalam terma digital marketing ialah Unique Selling Point ataupun USP. Cepat-cepat senaraikan kelebihan yang dimiliki produk anda dan ketengahkan dalam brand anda. Pastikan pengguna dapat tangkap dengan cepat keunikan produk daripada brand anda.

33

Jaga Kualiti Produk

Ini penting ya, banyak kes produk-produk yang dulunya mendapat tempat sebab kualiti yang premium tapi tiba-tiba makin berjaya makin rendah kualitinya. Jangan macam tu, walaupun nanti produk perlu dikeluarkan dalam kuantiti yang banyak, tapi kualiti produk mesti kena jaga sebab kualiti yang konsisten akan menguatkan reputasi brand anda.

Dengar Komen Pengguna

Jangan abaikan suara pengguna terhadap produk anda. Respon mereka sebenarnya sangat membantu memperbaiki brand anda. Tunjukkan keprihatinan terhadap pengguna ataupun pelanggan anda dan cuba perbaiki produk anda berdasarkan pandangan mereka.

Jangan Kedekut Untuk Buat Marketing!

Di sebalik mana-mana brand yang berjaya mesti ada strategi marketing yang unggul di belakangnya. Jangan takut dan jangan kedekut untuk mengusahakan sesuatu marketing untuk brand anda. Dalam dunia digital yang bergerak lagu pada masa kini, tentulah strategi digital marketing adalah yang paling utama sekali! Siapa je yang tak pegang handphone pada masa kini kan? 

34

Nak teroka dunia digital marketing yang penuh bergaya dengan kepelbagaian medium dan strategi untuk melonjakkan perniagaan dan branding anda? Hubungi kami sekarang!

VibrantAd

Interested with our services?

Contact Us!

+60 3-6143 3313

+60 13-925 4088