Marketing Dan Podcasting: Panduan Mudah Untuk Beginner!

Podcast? Apa tu?

Podcast telah diperkenalkan pada tahun 2004 tetapi tidak menerima sambutan yang hebat dalam kalangan pengguna. Namun, kaedah ini semakin tular dalam kalangan content creators dan pengguna juga semakin cenderung untuk mendegar podcast sementara melakukan aktiviti lain seperti memasak, bekerja dan membaca.

Untuk kefahaman anda, podcast ini lebih kurang sama dengan siaran radio tetapi ia mempunyai kelebihan tersendiri yang boleh memanfaatkan audiens dan content creator.

Bagaimana podcast berfungsi?

Sebelum apa-apa, anda harus ingat peraturan utama podcast. Kaedah ini digunakan sebagai satu kaedah hiburan. Audiens akan mendengar podcast untuk mengetahui perkembangan sesuatu isu, pembelajaran topik yang menarik atau sekadar untuk bergelak tawa. 

Podcasting boleh menjadi marketing tool yang berguna. Ia boleh digunakan untuk mempromosikan bisnes anda, luaskan reach dan juga sebagai cara pemasaran kepada audiens sedia ada.

1 1
Marketing Dan Podcasting: Panduan Mudah Untuk Beginner! 3

Kenapa podcasting bagus?

Podcasting boleh beri kelebihan kepada pihak anda. Antaranya adalah disebabkan:

  • Kos yang rendah

Podcasting mengambil masa untuk audio recording dan editing tetapi ia tidak memakan kos yang banyak. Sekiranya anda ingin hasilkan auditory podcast, anda tidak perlu invest kepada props yang banyak.

  • Akses yang mudah

Podcast mudah diakses terutamanya di aplikasi media sosial seperti Twitter, Instagram dan Youtube dan juga aplikasi lain seperti Spotify dan YouTube Music.

  • Kaedah mudah untuk berkongsi maklumat

Audiens lebih fokus untuk mendengar podcast, terutamanya ketika multitasking. Audiens juga boleh mendengar podcast anda di mana sahaja mereka berada!

Terjamin ke masa depan podcasting ni?

Kalau nak tahu, terdapat 383.7 juta pendengar setia podcast di serata dunia (mengikut data tahun 2022) dan angka ini dijangka meningkat pada tahun-tahun yang akan datang. Podcasting dan teknologinya juga akan terus berkembang. Baru-baru ini juga video podcasts diperkenalkan kepada audiens dan pengguna baru. 

Trend podcasting ini sememangnya semakin popular dan wajar dimanfaatkan untuk mencapai sasaran audiens dan pengguna. Semoga berjaya!

2 1
Marketing Dan Podcasting: Panduan Mudah Untuk Beginner! 4

VibrantAd

Interested with our services?

Contact Us!

+603-7840 0101

+60 13-925 4088