Kenali jenama tempatan yang popular di persada global

Penggunaan jenama tempatan merupakan suatu ‘tradisi’ rakyat Malaysia. Baru-baru ini, tanda pagar #sapotlokal dan #belilokal menjadi perbualan dan perkongsian ramai. Trend ini diterima baik dalam kalangan pengguna, malah juga mendapat tumpuan positif daripada warganegara yang berada di luar tanah air. Persoalannya, bagaimana kita nak #sapotlokal kalau kita tak kenal jenama tempatan yang terkenal secara global? Jom baca artikel ini untuk tahu dengan lanjut!

1. Jimmy Choo

Jimmy Choo yang merupakan anak kelahiran Pulau Pinang telah menghasilkan pasangan kasut pertamanya ketika berusia 11 tahun. Dengan latar belakang keluarga yang bekerja sebagai pembuat kasut, Jimmy Choo telah melanjutkan pelajarannya di London College of Fashion dan menghasilkan jenamanya sendiri sehingga mendapat perhatian British Vogue. Jimmy Choo Ltd menjadi kesukaan ramai selepas ditayangkan dalam kebanyakan rancangan televisyen dan meraih status ikoniknya yang kekal sehingga ke hari ini.

Jimmy Choo

2. BONIA

Dengan lebih 600 buah kedai serata Asia, jenama yang diasaskan Chiang Sam Sem ini tentu menjadi pilihan ramai ketika membeli-belah! Sejak tahun 1974, jenama ini dikenali sebagai penjual barangan kulit di Singapura. Menjelang tahun 2011, Bonia telah memperoleh jualan sebanyak RM 461 juta. Nilai ini meningkat dengan positif dalam tahun-tahun berikutnya, serentak dengan jumlah penggunanya yang amat suka dengan rekat bentuk yang menarik dan “trendy” tindak mengira peringkat umur dan jantina.

Bonia

3. Beryl’s

Syarikat dan coklat jenama Beryl’s diperkenalkan ke rakyat Malaysia menjelang tahun 1995 dan telah meraih popularitinya di kedai bebas cukai dan pasar raya dalam negara. Jenama yang diasaskan di Desa Serdang ini kini mempunyai peminat dan pengguna setia serata dunia terutamanya di Asia.

Beryl

Sebenarnya ada banyak lagi jenama tempatan yang sudahpun menempah nama di pentas antarabangsa. 

Walaupun tak dinafikan, memang ada dalam kalangan rakyat Malaysia sendiri yang obses dan agung-agungkan barangan jenama luar, tapi janganlah dinafikan bahawa kualiti jenama terkenal dari Malaysia ni sebenarnya setanding dengan kualiti luar negara. Malahan ada produk kita yang kualitinya jauh lebih baik! 

Sebagai rakyat Malaysia yang cintakan tanah airnya, kita boleh membantu mengangkat nama negara dengan membeli barangan keluaran tempatan untuk membantu lebih ramai pengusaha tempatan meluaskan jaringan pemasarannya supaya lebih banyak lagi jenama tempatan kita dapat bersaing di peringkat antarabangsa. Jom #sapotlokal!

VibrantAd

Interested with our services?

Contact Us!

+60 3-6143 3313

+60 13-925 4088