Kegunaan UGC untuk social media marketing!

Dalam era digital ini, penggunaan media sosial sebagai platform perhubungan untuk pelbagai jenama demi menyampaikan brand engagement kepada sasaran audiens mereka. Salah satu kaedah yang sering digunakan adalah UGC.

Kegunaan UGC untuk social media marketing 1
Kegunaan UGC untuk social media marketing! 4

UGC? Macam UFC ke ?

Nope, kedua-dua term ini sangat berbeza. UGC merupakan User-Generated-Content iaitu kaedah pemasaran yang boleh memberi banyak manfaat kepada bisnes-bisnes yang mempraktikkannya. 

Kaedah ini membantu untuk membina kredibiliti sesuatu jenama tersebut. Pengguna selalunya akan bersikap ragu-ragu terhadap produk atau perkhidmatan yang ditawarkan melainkan ia mendapat maklum balas yang positif oleh pengguna atau konsumer yang lain. UGC ini memberikan bukti sosial dan memberikan demonstrasi kepada pengguna lain dan mempengaruhi keputusan pembelian oleh kuasa beli.

Macam mana nak pastikan UGC ni betul-betul boleh beri impak?

1. Penggunaan cabaran dan hashtag

Ciptakan branded hashtags dan cabaran yang menarik untuk menarik perhatian pengguna. Ini akan meningkatkan visibility dan memupuk pengguna untuk saling “berinteraksi” antara satu sama lain.

2. Sediakan guidelines

Sediakan guideline dan arahan yang jelas untuk membantu pengguna untuk menghasilkan content yang selari dengan nilai yang diterapkan oleh jenama anda. Cara ini akan bantu untuk bina konsistensi dan memastikan konten menepati objektif pemasaran.

3. Engage dan interaksi

Tunjukkan penghargaan anda terhadap UGC dengan kaedah komunikasi dan memberi repsons kepada pengguna yang melibatkan diri dalam proses tersebut. Anda boleh like, share, comment dan memberi reaksi supaya pengguna lebih berminat untuk melibatkan diri pada masa akan datang. 

Kegunaan UGC untuk social media marketing 3
Kegunaan UGC untuk social media marketing! 6

So, UGC ni memang bagus la kan?

Kalau anda betul-betul memahami dan menerapkan konsep UGC kedalam kaedah marketing bisnes anda, anda semestinya boleh memberikan impak positif kepada bisnes dan jenama anda. Bisnes anda seharusnya menggalakkan UGC dan konsumer yang mengamalkannya supaya nama baik jenama anda boleh berkembang ke peringkat seterusnya!

VibrantAd

Interested with our services?

Contact Us!

+60 3-6143 3313

+60 13-925 4088