Kaedah sales funnel yang boleh tingkatkan jualan!

Sales funnel merupakan salah satu pemain utama dalam mendapatkan audiens dan pengguna yang boleh menjana sales. Sales funnel pula terbahagi kepada tiga bahagian yang dikenali sebagai ToFu, MoFu dan BoFu. Jom baca dengan lebih lanjut untuk fahamkan ketiga-tiga bahagian ni!

1. Top of the Funnel (ToFu)

Pada peringkat ini, kebanyakan organisasi mempunyai banyak leads disebabkan kaedahnya yang menyediakan informasi berkaitan produk atau perkhidmatan yang disediakan. Kebanyakan konten dalam peringkat ini melibatkan infografik, video, newsletter, blog post dan juga e-book.

Kaedah sales funnel yang boleh tingkatkan jualan 1

2. Middle of the Funnel (MoFu)

MoFu merupakan peringkat “convince”. Marketer akan berusaha menjadikan organisasi mereka provider terbaik yang boleh memenuhi kehendak pengguna sebaik mungkin. Konten yang selalu disediakan pada peringkat ini adalah seperti podcast, comparison chart dan webinar.

Kaedah sales funnel yang boleh tingkatkan jualan 2

3. Bottom of the Funnel (BoFu)

BoFu merupakan closing stage di mana marketer akan berusaha untuk menjana sales. Peringkat ini juga dianggap sebagai “golden stage” kerana marketer akan membina satu hubungan dengan bakal pengguna untuk menjamin target jualan dapat dicapai. Contoh konten yang digunakan adalah seperti case study, trial, live demo dan juga konsultasi.

Kaedah sales funnel yang boleh tingkatkan jualan 3

Dah bersedia untuk gunakan sales funnel ke?

Satu kajian menunjukkan bahawa syarikat yang menggunakan leads dengan baik dapat lebih daripada 50% sales-ready leads, dan leads tersebut kemudiannya membuat 47% pembelian lebih besar. Educate dan inform pada setiap peringkat sales funnel sangat penting dan kita seharusnya percayakan prosesnya.

VibrantAd

Interested with our services?

Contact Us!

+60 3-6143 3313

+60 13-925 4088