Content marketing merupakan satu kaedah marketing yang boleh memberi kesn positif terhadap perkembangan sesebuah marketing company. Elemen yang penting dalam memastikan konten kita mampu berdaya saing dengan konten syarikat yang lain adalah dengan sentiasa berkembang melalui perubahan kecil. Kesannya, konten kita akan sentiasa kelihatan menarik dan relevan kepada audiens. Jom cuba pratikkan kaedah-kaedah di bawah!
1. Gunakan template
Sebelum apa-apa, lebih baik anda duduk bersama team anda dan bincangkan guideline atau template yang boleh digunakan untuk content marketing anda. Salah satu cadangan yang bagus adalah dengan menggunakan template yang simple supaya ia kelihatan lebih verstil dan mudah dikemas kini dari semasa ke semasa.
2. Batch create
Nak buat content bukanlah satu perkara yang mudah. Kadang-kadang kita boleh rasa emotionally drained daripada proses penyediaan sahaja. Untuk kurangkan rasa penat ni, kita boleh buat planning untuk jimatkan masa dan tenaga. Content calendar juga boleh membantu mengingatkan plan yang sedia ada di samping mengingatkan semua kru yang terlibat dalam penghasilan konten.
3. Guna semula konten
Pada satu peringkat, anda mungkin akan rasa seperti semua konten yang bagus sudah digunakan. Tidak mengapa, situasi ini dapat difahami. Perkara yang boleh dilakukan adalah dengan menggunakan konten lama yang anda pernah post dan kemas kini mengikut citarasa anda. Ini adalah kerana followers dan audiens anda akan bertambah dan tidak semuanya akan scroll ke konten lama anda.
Jadi, saya ni dah pro ke?
Walaupun konten anda sudah bagus dan capai KPI yang diingini, ia tidak bermaksud anda seharusnya berhenti mencari cara baru yang lebih kreatif dan inovatif. Anggap proses ini seperti “there is always room for improvement”. Maksudnya, kita boleh sentiasa ubah konten kita mengikut trend yang sangat pantas berubah. Dengan cara ini, kita akan kekal relevan dan connected dengan audiens.