Jom bercerita tentang jenama kita

Media sosial merupakan salah satu marketing tool yang penting dalam menjayakan sesebuah bisnes terutamanya pada tahun 2023 ini. Sebuah kajian daripada Michael K. Coolsen dan Keith A. Quesenberry mendapati bahawa siaran video brand advertising di YouTube akan menerima lebih ramai audiens dan perkongsian apabila elemen “storytelling” digunakan berbanding dengan video yang tidak mempunyai perkembangannya tersendiri.

Jom bercerita tentang jenama kita 1

Di sini kita dapat memahami bahawa elemen “storytelling” ini memberi kesan besar kepada jenama-jenama besar mahupun kecil. Jom belajar 5 langkah storytelling yang boleh meningkatkan audiens!

Kaedah Piramid Freytag

1. Introduction

Perkenalkan sejarah brand anda serta tenaga kerja, misi dan visi. Satu cara lain adalah dengan menceritakan latar belakang pengguna anda sebagai protagonis dalam satu satu kisah rekaan.

2. Rising action

Bina ketegangan melalui cabaran besar yang pernah dihadapi dan leraikan perasaan “tension” tersebut dengan tindakan anda yang telah menukarkan situasi ke arah positif.

Jom bercerita tentang jenama kita 2

3. Climax

Ceritakan tentang “perjalanan” anda dalam menyelesaikan konflik yang dihadapi dengan menggunakan produk dan/atau serivs yang anda tawarkan.

4. Falling action

Sekiranya terdapat perkongsian tentang konflik yang berjaya diselesaikan, tunjukkan kesan tindakan yang diambil terhadap jenama atau pengguna.

5. Resolution

Tunjukkan jenama anda atau pengguna anda yang “menang” dalam menyelesaikan konflik. Berikan perasaan “happily ever after” kepada audiens supaya dapat menunjukkan bahawa objektif dan matlamat berjaya dicapai pada kesudahannya.

Jom bercerita tentang jenama kita 3

Tamatlah sudah ceritera kita?

Pada kesudahannya, kaedah kita merealisasikan “brand stories” ini sangat penting dalam memperkenalkan jenama kita kepada audiens dan bakal pengguna. Kita mestilah mengekalkan kaedah yang strategik supaya kisah kita dapat memberi makna secara visual dan lisan. Selamat maju jaya!

VibrantAd

Interested with our services?

Contact Us!

+60 3-6143 3313

+60 13-925 4088