Evolusi Marketing Di Malaysia

Eh? Macam mana orang dulu-dulu buat marketing?

Sebelum apa-apa jenis marketing, orang dahulu kala mengamalkan konsep advertising. Sejak abad ke-19, pedagang dari negara luar akan memasuki Malaya dan Singapura untuk memaklumkan dan menjual apa-apa barangan dagangan yang dibawa. Pada masa itu, mereka menggunakan media seperti surat khabar dan ukiran pada kayu.

Kiranya inilah kaedah “traditional marketing”?

Betul! Kaedah “traditional marketing” menggunakan offline media untuk capai sasaran audiens. Mesti anda perasan kan, kadang-kadang ada orang agihkan belon event, brochure atau iklan dan juga billboard yang besar untuk iklankan produk atau servis mereka? Itu adalah contoh media yang digunakan dalam kaedah ini. “Traditional marketing” menjadi popular bermula tahun 1950-an  kerana jumlah pengguna yang melihat atau membaca iklan di surat khabar sangat tinggi. Kaedah ini kemudiannya mendapat sambutan hebat di persada global dan diamalkan sehingga tahun ini.

Jadi, bagaimana kaedah “digital marketing” bermula?

Kaedah ini diperkenalkan pada tahun 1990 selepas Archie search engine diwujudkan. Pengguna internet dapat menggunakan search engine ini untuk mencari maklumat yang diingini dengan mudah tetapi menghadapi kesukaran dalam berkongsi melumat kepada rakan-rakan atau saudara mara.

Jadi, “clickable banner” yang pertama diwujudkan pada tahun 1993 dan seterusnya memudahkan pelanggan untuk mendapatkan produk yang diingini tanpa perlu menggunakan kaedah susulan. Kemudian, Yahoo! Dan search engine lain diwujudkan dan jumlah pengguna meningkat sehingga 6.4 billion dan digital marketing menjadi salah satu kaedah marketing yang paling mudah dan cepat untuk mendapatkan pelanggan. 

Kewujudan platform media sosial seperti MySpace dan Facebook juga menjadi peluang yang bagus untuk pemasaran produk bagi pelbagai jenama. Website cookies juga dicipta untuk merekodkan user behaviour supaya setiap jenama boleh memahami keperluan dan kehendak setiap pengguna.

Sekarang, kita pakai kaedah digital marketing lagi kan?

Kini. sekitar 65% pengguna menggunakan media sosial di peranti mudah alih seperti telefon pintar dan tablet. Industri digital marketing and advertising juga dinilai pada $ 200 billion dan statistik menunjukkan Google Ads mempengaruhi sekitar 96% keuntungan yang diterima. Digital marketing juga dijangka akan berkembang dengan lebih maju pada tahun yang akan datang. 

Kalau diberi pilihan, anda lebih gemar dengan kaedah marketing yang mana? Jom kongsikan artikel ini di media sosial!

VibrantAd

Interested with our services?

Contact Us!

+603-7840 0101

+60 13-925 4088