Email Marketing Untuk Bisnes Anda!

Setakat hantar emel je ke?

Email marketing merupakan kaedah pemasaran di mana agensi akan menghantar email berkaitan produk atau servis yang dipasarkan kepada pengguna. Kaedah ini digunakan kerana agensi dapat berkomunikasi dengan pengguna dan menambahkan hasil di samping membina kredibiliti syarikat tersebut.

Email marketing boleh melibatkan newsletter mingguan, emel promosi dan juga tawaran menarik.

1
Email Marketing Untuk Bisnes Anda! 4

Jadi apa bagusnya email marketing ni?

Untuk pengetahuan anda, email marketing dapat memberikan manfaat kepada bisnes anda. Antaranya adalah..

  • ROI yang tinggi

Menurut kajian daripada eMarketer, email marketing mempunyai ROI median sebanyak 122%, iaitu  empat kali lebih tinggi daripada mana-mana strategi pemasaran digital lain.

Macam mana nak kira ROI dia ni? Begini formulanya!

Untung bersih (Keuntungan kasar daripada pemasaran email – Kos pemasaran email) / Kos pemasaran email

  • Segmen berbeza untuk sasaran audiens

Email marketing membolehkan anda membuat kempen yang disasarkan dengan memanfaatkan data tentang pelanggan email anda.

Kandungan email yang custom seperti menggunakan nama pelanggan dalam email boleh mempengaruhi tindak balas pengguna. Sebuah kajian menunjukkan bahawa menambah nama pelanggan pada subjek email boleh meningkatkan pembukaan email sebanyak 26%.

  • Hasil yang banyak!

Sesetengah pelanggan akan membuat keputusan untuk membeli jika mereka menerima tawaran tepat pada masanya. Menambahkan tawaran seperti jualan murah atau penghantaran percuma merupakan beberapa cara yang bagus untuk mendapatkan pelanggan. 

Tambahan pula, email marketing boleh menjadi cara terbaik untuk menaikkan hasil dari semasa ke semasa.

2
Email Marketing Untuk Bisnes Anda! 5

Simple dan bermakna!

Walaupun terdapat lebih banyak lagi kaedah untuk berkomunikasi dengan pengguna melalui platform seperti media sosial, penggunaan email tetap memenangi “pertandingan” ini kerana bilangan penggunanya sebanyak 4.5 bilion.

Jadi, jangan pandang rendah pada email marketing ya. Kesannya juga sangat besar!

3
Email Marketing Untuk Bisnes Anda! 6
VibrantAd

Interested with our services?

Contact Us!

+603-7840 0101

+60 13-925 4088