Copywriting? Penulisan jenis apa ni?

Copywriting tu apa?

Copywriting merupakan satu proses penulisan yang digunakan dalam marketing untuk memasarkan produk, perkhidmatan atau sesuatu konsep kepada audiens. Tujuan penulisan ini adalah untuk mendesak pembaca untuk mengambil tindakan seperti membeli produk, menghadiri sejenis majlis atau melanggan newsletter. 

Copywriting Penulisan jenis apa ni 2

Jadi apa kerja copywriter ni?

Seorang copywriter menyediakan penulisan yang memberi pengaruh kepada audiens. Jenis penulisan yang berbeza juga memberi kesan yang berlainan. Jangan disangkakan kerja copywriter ni perkara mudah tau, sebab seorang copywriter kena ada kemahiran tersendiri untuk memastikan kerja dapat dijalankan dengan lancar.

Kemahiran yang perlu ada pada seorang copywriter adalah:

  • Kemahiran penulis yang bagus
  • Memahami sasaran audiens
  • Storytelling yang meyakinkan
  • Kesesuaian dengan kehendak
  • Kemahiran research dan analytics

Kerja seorang copywriter pula merangkumi:

  • Webpage
  • Blog
  • Ads
  • Social media post
  • Email
  • Poster
  • Billboard
  • Case study
Copywriting Penulisan jenis apa ni 1

Apa kelebihan adanya copywriter untuk syarikat marketing ni?

  1. Menjimatkan masa dalam penghasilan konten.
  2. Konten yang disediakan lebih berkualiti dan relevan.
  3. Mengurangkan kesalahan tatabahasa dan perbendaharaan kata.
  4. Konten lebih meyakinkan dan mudah difahami.
  5. Membuka perspektif baru terhadap syarikat.
  6. Stress-free web optimisation
  7. Peluang berkenalan dengan orang yang berpotensi menjadi klien.

Secara konklusinya..

Copywriting mungkin kelihatan mudah tetapi bidang ini memerlukan pemahaman, kajian dan kemahiran yang sesuai supaya matlamat dapat dicapai. Semua orang boleh menjadi copywriter tetapi tidak semua orang mampu menjadi coppywriter yang berkualiti. 

Kepada semua copywriter di sana, selamat maju jaya dan selamat bekerja!

Copywriting Penulisan jenis apa ni 3