B2B? Macam ‘fancy’ je term dia?
B2B atau business-to-business merupakan sejenis transaksi yang melibatkan dua jenis bisnes seperti pemborong dan peruncit. B2B berbeza jika dibandingkan dengan B2C (business-to-consumer) atau B2G (business-to-government).
Kalau nak buat B2B, nak kena pertimbangkan aspek apa?
Berikut adalah beberapa cadangan matlamat yang anda boleh terapkan!
Matlamat utama penciptaan content
- Menarik pengguna baru
Bagi bakal pelanggan baharu, kuncinya adalah dengan mewujudkan kesedaran tentang keupayaan anda, menunjukkan nilai yang anda boleh berikan kepada pelanggan sedia ada dan memastikan anda adalah pilihan utama apabila mereka mungkin mempertimbangkan untuk membeli tawaran perkhidmatan anda.
- Kerelevanan anda dalam kalangan pengguna
Kenal pasti trends dengan cepat dan cipta strategi content marketing B2B yang boleh menunjukkan kepakaran anda dalam bidang tertentu.
- Penggunaan talent baharu
Persaingan untuk bakat yang baik boleh menjadi sengit di sesetengah bisnes perkhidmatan profesional. Pastikan kandungan anda menunjukkan pendirian anda, perkara yang anda percayai dan sebab jenama anda menonjol.
Leads berkualiti
Penghasilan leads yang berkualiti merupakan salah satu cabaran terbesar dalam industri perkhidmatan profesional. Bukan sahaja leads sukar diperoleh, ia sering mengambil masa yang agak lama untuk convert kepada sales. Content yang disediakan boleh memainkan peranan penting dalam meyakinkan bakal pengguna bahawa anda adalah syarikat yang sesuai untuk dipilih.
Editorial penting juga tau!
Mengenal pasti peluang yang baik, mencipta narrative yang menarik dan memahami kekuatan editorial dalam penghasilan content ialah sejenis kemahiran istimewa. Organisasi akan memerlukan seseorang yang akan ‘push back’ content, mendorong orang untuk menjadikannya lebih baik, untuk akhirnya mendorongnya ke arah format yang lebih bagus.

Sebelum anda habis membaca..
Anda perlu ingat, proses B2B memerlukan perancangan yang bagus supaya proses transaksi dapat dijalankan. Hubungan baik antara kedua-dua bisnes juga harus dipupuk melalui pelbagai interaksi dan komunikasi sebelum apa-apa proses jualan.
