“Content marketing = SEO” Biar betul??

Sebelum ini, Search Engine Optimisation (SEO) digunakan dalam marketing. Cara ini memang berkesan kerana ramai pengguna SEO mendapat kesan positif hasil penggunaannya. Baru-baru ini pula, content marketing diperkenalkan sebagai kaedah baru dan ia diterima baik dalam kalangan pengguna dan digunakan secara kerap dalam pemasaran produk dan perkhidmatan. Tapi betul ke content marketing ni bakal curi takhta SEO?

Content marketing SEO Biar betul 1

Macam mana content marketing ni boleh beri impak kepada SEO?

Rahsia kepada konten yang bagus adalah kerelevanan dan penghasilan yang berkualiti. Dua elemen ini akan memberi peluang kepada Google untuk pilihkan ranking yang terbaik untuk anda di samping “memasarkan” konten anda ke pelbagai sumber carian. 

Sekiranya anda mempunyai konten yang berkualiti dan mampu menarik engagement pengguna, semestinya akan berlaku proses perkongsian dalam kalangan pengguna. Ini amat penting sekiranya matlamat utama anda adalah untuk menaikkan Google ranking.

Content marketing SEO Biar betul 2

Taktik content marketing yang confirm berkesan!

1. Kongsikan konten anda

Pastikan anda kongsikan konten ke akaun media sosial dan juga saluran marketing yang lain. Anda juga boleh hantarkan konten anda ke individu dan bisnes lain yang boleh memberi manfaat.

2. Cipta konten yang responsif

Pastikan konten yang dihasilkan adalah responsif dan pengguna mesti boleh akses menggunakan pelbagai peranti seperti telefon bimbit dan komputer riba.

3. Fahami audiens dan objektif mereka

Perkara pertama yang perlu dilakukan adalah dengan mengimplementasi content marketing strategy yang bagus supaya anda boleh memahami audiens dan jenis konten yang mereka cari. Anda mesti faham “tingkah laku” mereka dan jenis konten yang mereka suka. 

Content marketing SEO Biar betul 3

Jadi betul ke teori Social Marketing = SEO ni?

Memang tak dapat dinafikan bahawa kaedah social marketing ni semakin popular berbanding SEO tapi kedua-dua kaedah ini masih digunakan secara kerap oleh pemasar dan juga digital marketers di luar sana. Hakikatnya, kaedah-kaedah ini dapat beri impak berbeza yang memberi ‘feedback’ positif kepada ‘company growth’.

VibrantAd

Interested with our services?

Contact Us!

+60 3-6143 3313

+60 13-925 4088