Dalam era digital yang semakin pesat membangun ini, penggunaan Artificial Intelligence (AI) dan demandnya semakin meningkat. Oleh kerana sifatnya yang versatil dan senang digunakan, pengguna lebih gemar menggunakannya dalam pelbagai tugasan. Sektor digital marketing pun tak terkecuali daripada isu positif ini. Sayangnya, tak ramai yang tahu tentang software yang bagus untuk bantu dalam pengurusan tugas. Teruskan membaca untuk tahu dengan lebih lanjut!
1. ChatGPT
ChatGPT merupakan software pelbagai kegunaan yang boleh memudahkan tugas harian anda sebagai seorang digital marketer. Anda boleh gunakan software ini untuk bertanya soalan mudah seperti pengiraan asas matematik sehingga ke soalan rumit seperti cara untuk hapuskan programme bugs.
Pros:
- Memudahkan proses research dan idea development
- Mengurangkan kos
2. Grammarly
Grammarly merupakan software yang sangat bagus untuk tujuan pembaikan penulisan, paraphrasing, spell check dan pelbagai penggunaan bahasa. Namun, software ini hanya berfungsi untuk content bahasa Inggeris. Buat masa ini, belum ada lagi software setara yang boleh menandingi fungsi Grammarly.
Pros:
- Sangat tepat
- Mudah digunakan
- Menggunakan teknologi real-time progress
3. Murf
Murf merupakan text-to-speech atau dubbing AI yang sangat berguna untuk content video yang memerlukan talent voiceover. Software ini menggunakan suara tulen yang diautomasikan untuk menepati kehendak pengguna dalam menjadikan content lebih professional. Software ini terdiri daripada basic version dan juga pro version yang membolehkan anda hasilkan dubbing yang menarik dan bersesuaian mengikut citarasa anda tersediri.
Pros:
- Basic version memadai untuk videographers yang masih berjinak dengan AI dubbing
- Voiceover dan dubbing yang kedengaran realistik
- Mudah digunakan
Dah bersedia untuk era digital?
Dalam peningkatan penggunaan artificial intelligence ini, kita pun mestilah sentiasa siapkan tugasan dengan penuh tanggungjawab dan sikap profesional dalam memastikan tugasan dapat dijalankan dengan baik.
Selamat maju jaya kepada semua yang baru berjinak mahupun yang sudah menguasai penggunaan AI dalam digital marketing!