Kaedah video marketing berkesan ke?
Pemasaran video merupakan medium pemasaran yang popular dalam kalangan audiens. Separuh daripada konsumer berpendapat bahawa mereka lebih rela menonton video berkaitan sesuatu produk atau servis jika dibandingkan dengan membaca berkaitan produk tersebut. Menjelang tahun 2021, tontonan video meraih 53.7% trafik Internet serata dunia.
Ini 5 tips trend video marketing yang boleh menjana sales dengan mudah!
- Video ads yang singkat dan padat
Google telah memperkenalkan trend ini pada tahun 2016 dengan melancarkan format bumper ads 6 saat di YouTube. Format baru ini bukan sahaja menyingkatkan waktu tontonan, malah ia juga menepati trend ‘mobile video’.
Kini dengan landskap ‘scrolling and swiping’, video yang dihasilkan seharusnya menangkap perhatian pengguna dalam beberapa saat sahaja. Trend ini wajar dipraktikkan di media sosial, terutamanya di platform Instagram yang mempunyai ‘creators’ yang semakin berdaya saing sengit.
- Orientasi video: menegak
Hampir kesemua platform media sosial menerapkan penghasilan video berorientasi menegak dan trend ini dikatakan sebagai “here to stay”.
Pengguna yang menggunakan peranti mudah alih seperti telefon bimbit, tablet dan iPad lazimnya menonton video dalam orientasi menegak jadi kebanyakannya tidak gemar menukar orientasi video semata-mata. Anda boleh menganggap penghasilan video menegak ini sebagai satu kaedah storytelling.
- Terapkan SEO-friendly
Google telah menambah ciri ‘auto-playing video previews’ untuk kegunaan peranti Android sejak Ogos lalu. Proses ini boleh diterangkan begini: Video yang relevan dengan carian akan dipaparkan di bahagian atas dan preview akan dimainkan untuk menarik perhatian pengguna.
Kini peranti iOS juga mengakses ciri ini dan pencipta video juga boleh menghasilkan video yang lebih ‘SEO-friendly’!
- Tak perlu sentiasa nampak pro
Selalunya, orang akan beranggapan kualiti lebih bagus daripada kuantiti. Tetapi dalam situasi ini, kualiti tidak semestinya bermaksud kualiti produksi. Video yang dihasilkan tidak semestinya perlu menjadi ‘fancy’, ia bergantung pada audiens dan mesej yang ingin disampaikan.
Video yang dihasilkan menggunakan ‘talent and set’ yang kurang berbanding video bersahaja yang lebih autentik.
- Tetapkan durasi video yang bersesuaian
Syarikat dan pemasar akan mendapat nilai video melalui produksi mereka. Sebagai contoh, anda boleh menghasilkan video berdurasi lama yang boleh dipaparkan dalam orientasi melintang dan menegak untuk disiarkan di platform seperti YouTube.
Kemudian, anda boleh menghasilkan ‘snippets’ daripada video tersebut dan menggunakannya sebagai bumper ads yang boleh dipost sebagai Instagram Story dan audiens yang berminat pasti akan menonton kesudahan video untuk mendapatkan konklusi. Dengan kaedah ini, anda boleh menarik audiens untuk menonton video berdurasi panjang tersebut.
Ready? And, action!
Dengan begitu banyak pilihan di mana, bagaimana, dan bila orang menonton video, jenama dan pemasar perlu mendapatkan nilai terbaik daripada pengeluaran mereka. Contohnya dengan merakam video dengan orientasi menegak.
Video dihasilkan seharusnya dikongsikan di platform media sosial seperti IGTV, yang boleh membawa orang ramai ke video penuh di YouTube. Anda boleh mendapatkan bantuan daripada aplikasi suntingan video yang berbeza untuk memaksimumkan prestasi video anda.