5 Digital Marketing Tools Percuma Yang Berbaloi Untuk Dicuba

15 min

Tidak dapat dinafikan bahawa dunia digital telah memberikan banyak kemudahan dalam menjalankan kehidupan seharian kita, termasuk dalam dunia perniagaan. Dengan pemasaran digital, pengusaha dapat mencapai pasaran yang lebih luas. Selain daripada kemudahan penggunaan, pemasaran digital juga menjadi pilihan terbaik bagi syarikat yang mempunyai bajet promosi yang terhad.

giphy

Kini, penggunaan pemasaran digital turut disokong oleh pelbagai alat yang memudahkan kita menjalankan perniagaan secara digital. Berikut adalah beberapa digital marketing tools percuma dan wajib kita cuba! 😉

1. HubSpot

Dyspatch Blog Sync Email Templates to HubSpot Now in Dyspatch 1

HubSpot terkenal kerana menyediakan platform all-in-one yang membantu perniagaan menguruskan pelbagai aspek operasi mereka di satu tempat. Platform ini menyediakan alat untuk membuat, mengurus, dan mengesan kempen pemasaran seperti pembangunan kandungan, e-mel automatik, pengurusan media sosial, dan analisis prestasi kempen.

2. Google Ads

Screenshot 2023 10 20 112425 edited

Google Ads adalah platform pengiklanan dalam talian yang disediakan oleh Google, yang membolehkan kita membuat iklan untuk dipaparkan di pelbagai platform Google termasuk search result, YouTube, dan aplikasi mudah alih. Google Ads juga mempunyai spesifikasi yang membantu kita mencapai target audiens secara spesifik berdasarkan kata kunci, lokasi, minat, dan lain-lain. Ini adalah salah satu alat pemasaran digital yang paling berkesan untuk mempromosikan produk atau perkhidmatan secara dalam talian.

3. Ahrefs

Screenshot 2023 10 20 112551 edited

Ahrefs adalah perisian dan platform dalam talian yang biasanya digunakan untuk menganalisis SEO laman web syarikat. Platform ini menyediakan maklumat terperinci tentang backlink, keywords, trafik laman web, dan prestasi SEO secara keseluruhannya. Ahrefs membantu pengguna meletakkan laman web berada di kedudukan atas dalam enjin carian seperti Google.

4. Mailchimp

blog 4 ways to improve your email marketing with mailchimp edited

Mailchimp adalah platform pemasaran e-mel yang popular dan lengkap. Dengan Mailchimp, kita boleh membuat, menghantar, dan mengesan pemasaran e-mel kepada audiens atau pasaran sasaran.

Selain daripada pemasaran e-mel, Mailchimp juga mempunyai ciri-ciri lain seperti pembinaan landing page, pembinaan borang, survei dan integrasi dengan pelbagai platform pemasaran yang berkaitan.

5. Google Analytics

google analytics ecommerce edited

Google Analytics adalah platform analitik web yang disediakan oleh Google untuk mengukur dan menganalisis prestasi laman web. Dengan Google Analytics, pemilik laman web boleh memantau pelbagai metrik penting untuk memahami bagaimana pengguna berinteraksi dengan laman web mereka. Ini termasuk bilangan pelawat, sumber trafik, tingkah laku pengguna di laman web, konversi, dan banyak lagi.

giphy 1

Boleh lah cuba “digital marketing tools” ini untuk naikkan bisnes anda. Nak tahu lebih lagi? Kena lah follow kami di Facebook, Instagram & TikTok @vibrantad :p