3 Strategi Marketing Jenama Mewah Yang Anda Perlu Tahu!

Jenama mewah pun perlu buat marketing ke?

Kebanyakan jenama mewah menggunakan dalam 33% bajet pengiklanan mereka untuk digital marketing. Ini bermakna, pengiklanan yang strategik sangat penting untuk mereka. Pengguna mengeluarkan belanja yang lebih banyak untuk produk premium kerana jenama mewah menyediakan barangan mengikut kehendak pengguna secara 100%. 

Akan tetapi, kebanyakan jenama mewah memerlukan strategi pemasaran yang inovatif supaya kekal relevan dan konsisten dalam membina jenama mereka. 

Jadi, bagaimana jenama mewah boleh menjana sales untuk produk mereka?

“Dunia digital” dapat menawarkan platform yang bagus untuk jenama mewah. Kenapa pula? Ini kerana mereka boleh mempamerkan produk mereka di samping mencipta brand awareness. 

Melalui online channel ini, jenama mewah boleh berkomunikasi dengan target audience, berkongsi konten yang relevan dan menarik dan mencipta pengalaman yang eksklusif kepada pengguna. Digital presence mereka akan memudahkan mereka untuk mendapatkan global audience dan bina komuniti pengguna setia yang menghargai nilai mereka. 

y3WIRXckhfzgSOcbTUomW XdoHFQ3Zwi

Ada strategi yang menarik ke?

  • Fokuskan terhadap “exclusivity”

Gunakan imej dan video berkualiti tinggi. Antara contoh yang boleh digunakan adalah dengan menampilkan selebriti atau influencer dan menggunakan tagline yang melahirkan perasaan mewah dan canggih dalam kempen pemasaran anda.

  • Kolaborasi dengan influencer

Kolaborasi dengan influencer akan memberi peluang yang bagus kepada mana-mana jenama yang mempunyai objektif untuk meluaskan reach mereka. Ini kerana influencer boleh mempromosikan produk dan perkhidmatan daripada jenama tersebut kepada followers mereka. Ini akan meningkatkan brand presence dan bina kredibiliti jenama tersebut di dunia digital.

Sebagai contoh, jenama mewah Gucci pernah berkolaborasi dengan penyanyi terkenal Miley Cyrus untuk mempromosikan produk baru mereka iaitu Gucci Flora Gorgeus Magnolia Eau de Parfum. 

  • Ceritakan brand story anda

Dalam kempen pengiklanan jenama mewah, sesetengah jenama berkongsi brand story mereka melalui channel yang berbeza. Brand story mereka selalunya melibatkan brand heritage mereka, nilai utama ataupun ciri unik produk mereka. Kaedah ini dapat bina connection yang kukuh antara jenama tersebut dengan pengguna mereka.

Ez0kg6eAHbDHzNFcW7RPmwnwCfO7uvWOHgsfAO2s1jzm6FE4asoiYVtEMIfhdErokkDIk28DjaOApNs532sDVKKtLXIWBb92Ezza2NjUOuM0PXMcyMPcq4izspDDwwNSKL4iKHaR mvb

Ooo, begitu rupanya. Faham!

Pemasaran jenama mewah dianggap berjaya selepas jenama mereka bina imej yang kukuh terhadap sesuatu produk yang dimiliki. Disebabkan customer base yang berbeza, setiap jenama perlu memaparkan diri mereka dalam aspek yang eksklusif dan penuh aspirasi. 

Bagaimanapun, untuk memastikan kempen marketing anda dapat berjalan dengan sempurna, anda mestilah memahami keperluan jenama anda dan kaji strategi kempen yang paling sesuai dengan kehendak kempen anda. 

VibrantAd

Interested with our services?

Contact Us!

+60 3-6143 3313

+60 13-925 4088